Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Dr. Hassan Rouhani mengatakan bahawa Revolusi Islam di negaranya akan mematahkan semua plot Amerika Syarikat pada tahun-tahun akan datang seperti mana yang telah dilakukannya selama empat dekad yang lalu.
Rouhani ypada hari Isnin bercakap kepada ratusan ribu warga negara itu yang berkumpul di Medan Azadi, Tehran sempena sambutan hari ulang tahun ke-40 kemenangan Revolusi Islam 1979, bahawa kehadiran mereka telah mematahkan semua plot musuh yang dirancang sepanjang tahun lalu untuk menekan negara Timur Tengah tersebut secara politik dan ekonomi.
"Kehadiran (kalian) ini adalah petanda jelas bahawa musuh tidak akan pernah berjaya dan Revolusi (Islam 1979) akan terus berada di dalam laluannya seperti yang berlaku selama 40 tahun yang lalu," kata presiden itu. "Kami tidak akan pernah membiarkan Amerika berjaya," katanya lagi.
Amerika Syarikat pada tahun lepas telah bertindak secara unilateral ketika meninggalkan perjanjian nuklear antarabangsa Iran dan mengembalikan semula sekatan Washington ke atas Tehran, dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan pentadbiran Trump untuk mengganti rejim di Iran. -Press TV
11 Februari 2019 - 13:35
News ID: 928615
Presiden Republik Islam Iran, Dr. Hassan Rouhani mengatakan bahawa Revolusi Islam di negaranya akan mematahkan semua plot Amerika Syarikat pada tahun-tahun akan datang seperti mana yang telah dilakukannya selama empat dekad yang lalu.